Rabu, 11 Januari 2012

Hai...minta maaf la da lama x update laman blog ni..wah,tahun baru telah tiba..diharapkan tahun ni aku akan mengecapi lebih banyak lagi kebahagiaan,keriangan,nikmat,dan kejayaan tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat kelak.Semoga aku mampu menghadapi segala dugaan hidup dan halangan dengan baik dan tabah serta penuh kesabaran.Dan tahun ini aku ada azam baru and dunia baru...and benda yang lepas2 tu akan ku simpan dalam ingatan sebagai memori2 yang terindah...walaupun ianya pahit..Tahun ni aku ingat aku nak lebih mesra alam,mesra dengan orang ramai and orang2 tua2 ni..he3 blhla tambah kenalan lagi...


Hari tu aku ada la belek2 majalah yang aku beli...dalam buku tu adala gaya terbaru pemakaian tahun 2012..trendy and simple..tapi baju2 tu semuanya mahal..hu3 mana la aku mampu nak beli..aku ni bukan org kaya sgt..setakat biasa2 je..Bagi aku walaupun aku mampu beli benda2 yg mhal sikit(nak kata mahal,x sgt tapi nak kata murah sgt pon,x jugak=sederhana la..)aku lebih suka beli yang murah,i mean yang affordable la...and then aku akan gunakan method suai padan kan..so dengan tu aku xpayah la beli byk2 sgt..just ambik baju2 yg lama2 tu and then padankan dengan yang baru beli tu..ha3 kan senang tu..jimat duit and masa..
so ni aku ada sertakan r trend2 pemakaian untuk tahun baru ini,tahun 2012.Mari kita saksikan...jeng-jeng2..




inilah pemakaian gaya terbaru bagi gadis2 and wanita2 di luar sana..he3 terutamanya bagi mak cik2 yang berjiwa muda tu..







ok..pemakaian ini sesuai untuk wanita2 dan gadis2 yang berbadan kurus dan kecil.Pemakaian ini menampakkan anda jauh lebih muda,tinggi dan lebih manis..tetapi haruslah dikenakan dengan aksesori yang betul..
pemakaian ini pula lebih sesuai untuk wanita yang mempunyai pinggul yang kecil dan ingin menampakkan diri mereka tinggi.Selain itu.pemakaian ini menjadikan si pemakai lebih trendy dan ia boleh digayakan oleh semua orang termasuklah yang bertudung.




pemakaian blouse leopard print ni sesuai untuk anda yang ingin menampakkan diri anda seperti anak orang kaya.Sebaiknya pemakaian leopard print ni digayakan oleh mereka yang bertubuh tinggi dan kurus.Namun,orang yang bertubuh gempal juga boleh mengenakan gaya ini..Hal ini jelas menunjukkan yang anda seorang yang berani berfesyen walaupun bertubuh gempal.(tidak perlu malu berfesyen k!)..



Seterusnya,mari kita tinjau cara pemakain tahun 2012 buat si jejaka budiman di luar sana...







Gaya ini sesuai digayakan oleh para jejaka di luar sana.Gaya ini menampakkan anda yang berbadan kurus itu lebih tegap dan bergaya..Kelihatan seperti anak orang kaya..Pemakaian ini juga menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan tinggi..Namun,gaya ini haruslah disuai padankan dengan jeans atau seluar yang bersesuaian seperti skinny jeans atau seluar yang tidak terlalu ketat..


Gaya ini sesuai untuk anda yang ingin menampakkan diri anda lebih cool and tegap..Gaya ini untuk orang yang mempunyai bajet yang lebih..Gaya Jaket kulit berwarna hitam ini menjadikan anda nampak lebih kurus terutamanya anda yang bertubuh gempal..

ok...Harap ini sudah cukup buat anda yang tidak tahu cara ingin berfesyen..Saya harap anda menggunakan ini sebagai panduan untuk berfesyen.Ingat!!Tidak perlu takut untuk berfesyen..Namun janganlah amalkan fesyen yang melampau..Ini akan menampakkan dirin anda tenggelam dlm fesyen..Jadi untuk anda yang tidak reti berfesyen,mintalah nasihat orang yang lebih arif dalm bidang tersebut..Dan janganlah anda meniru gaya orang lain..Ianya mungkin tidak sesuai untuk anda.Jadilah diri sendiri taw....K la.Setakat ini sahaja..Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan