Jumaat, 22 Jun 2012

murtabak...murtabak...sapa nak,mai la...

Jual..jual...sapa nak murtabak...ha3 hari ni aku rajin sikit nak buat murtabak tapi ni murtabak express la...senang gila nak buat terutamanya orang bujang macam aku ni...ala sapa2 yang lapaq murtabak tapi agak malas bolehla try resepi ni..memang terbaik...cepat salin resepi yer...resepi ni ayah aku ajar..simple & yummy taw..

Resepi Murtabak Ayam Express


 

Bahan2:

~1 daging burger ayam yang telah dikeluarkan selama beberapa minit(agak2 la) 

~2 keping frozen roti canai(beli dari kedai je)(Nysa ambik jenama Syamilah)

~ 2 biji telur ayam

~1 biji bawang besar(dipotong bulat2 dan dibelah dua/dipotong dadu)

~sedikit garam

~sedikit lada hitam

~sedikit penambah perasa(tapi ni Nysa xbubuh pon)

Cara2nya:

-daging burger tu diletakkan ke dalam mangkuk yang besar,kemudian ambil garfu dan lenyek2kan daging burger tu sampai daging tu hancur k.(lenyek sikit2 je)

-selepas dah dihancurkan daging burger tu,ambil 2 biji telur dan masukkan dua2 telur tu ke dalam mangkuk tersebut.

-kemudian,ikut suka masing2 la yer,iaitu tambahkan sedikit garam dan lada hitam.

-kemudian,masukkan bawang yang telah dipotong.

-kacau rata menggunakan garfu.(kocokkan adunan tu)

-Panaskan sedikit minyak di atas kuali.kemudian,ambik 1 keping roti canai yang dibelah dua(make sure jangan belah sampai habis tau,biarkan sedikit di hujung roti canai tu tidak terbelah) dan letakkan roti canai tersebut di atas kuali..kemudian,ambil setengah adunan tu dan letakkan di tgh2 roti canai dan cepat2 tutupkan dia dgn sebelah roti canai tadi yang terbuka tadi.

-kemudaian,tunggulah sehingga roti canai itu masak barulah diterbalikkan semula.

-buat sehingga adunan itu habis.siap dihidang.

 Hasilnya:

 

 

Sudah siap!Memang sedap...