Ahad, 29 Januari 2012

Saya Sahut Cabaran Farah Lee-Ally Iskandar

Ha3 ini aku ambik daripada sini=http://beautifulnara.com/saya-sahut-cabaran-farah-lee-ally-iskandar/
Best taw laman web beautifulnara ni..memang hot..ha3...Banyak info..Lawatilah laman ini...

Membaca kata-kata Ally Iskandar tentang pernikahannya bersama Farah Lee yang bakal berlangsung pada 20 Januari ini. Sememangnya tempoh perkenalan mereka berdua sangat singkat, namun bagi Ally, itulah yang menyeronokkan. Kiranya mereka berdua ini bercinta selepas berkahwinlah senang cerita.




Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Tambah menarik, beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Apa pun, Ally teruja untuk menyahut cabaran Farah Lee yang mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.

Ikuti temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad dengan membaca entri ini sepenuhnya.


SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

Terima kasih laman web beautifulnara ni..thanks untuk info ini...Cute sangat Farah Lee ni.Sememangnya sesuai dengan Ally.Aku doakan mereka bahagia dunia & akhirat.AMIN!Aku pon memang suka cinta selepas kahwin ni...he3!!!

Episode running man yang lawak sekali..

Haha...Ada satu episode running man yang memang lawak..daripada awal sampai habis..memang xkering gusi dibuatnya...iaitu episode 20..episode ini dibuat di salah sebuat tempat meramal dan mengkaji cuaca di Korea..Tetamu jemputan ialah Heechul Super Junior dan Lizzy.Misi mereka yang pertamanya ialah menjadi seorang pemberita ramalan cuaca dengan feeling yang betul dan pemakaian yang bertepatan(Semua orang terlibat)..Kemudian,misi mereka yang kedua ialah  mengajukan soalan bertubi2 kepada Jae Suk sehingga membuatnya menipu sebanyak 3 kali..(Maksudnya semua lawan Jae Suk!).Yang terakhir sekali ialah misi 'Hide and Seek'..Memang best...Dalam ni,ada adegan Jae Suk tendang Jong Kook,Gwang Soo dengan beraninya menendang Jong Kook,ada juga adegan curi-mencuri,malah terdapat satu cinta 3 segi...Ha3 ingin tahu siapa yang kena dihukum???Saksikanlah episode ini taw..

                                               Episode 20 part 1

                                            Episode 20 part 2
                                         
                                          Episode 20 part 3

                                         Episode 20 part 4

      Aku paling suka time ni...Time ni Haha jadi gila..Best gila..Dia jadi macam orang yang xbetul da..Macam orang jahat sekali pandang..


Jumaat, 20 Januari 2012

hurm..rindunya..

Haha..Hari selasa hari tu aku teringin sangat nak makan popcorn kat panggung wayang tu sambil tgk movie yang aku nak tapi aku macam malas la pulak nak kluar g sana..so aku pun dah buat kputusan..kenapa xbuat je kat rumah..lagi senang..popcorn and movie yang aku suka tgk..iaitu korean movie..so aku pun buat la popcorn caramel dengan mak aku...Best buatnya..Sedap plak tu...he3 perkenalkan ni la resepi yang aku buat tu...Jeng2..resepi popcorn karamel...

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1/2 cwn pop corn kernels
  • 3 tbsp minyak sayur/ canola
  • 1/2 cwn butter
  • 1 cwn gula perang
  • 1/4 cwn corn syrup/golden syrup
  • 1/2 tsp garam
  • 1/4 tsp baking soda
  • 1/2 tsp vanilla

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk yg deep n berpenutup
  2. masukkan jagung popcorn dan tutup. xlama pastu akan dgr bunyi "pop" byk kali. Goncang2 periuk sampai dah xdgr bunyik "pop"
  3. keluarkan popcorn n asingkan dgn kernels yg xjd popcorn.
  4. Panaskan oven suhu 120C.
  5. Dalam periuk kecil, cairkan butter. Masukkan gula perang, garam dan golden syrup/corn syrup
  6. Kacau dan biarkan ia mendidih. Bila dh didih, biar skjap dlm 2-3 min tanpa dikacau. api jgn besar sgt yer..
  7. alihkan dari api, masukkan baking soda dan vanilla. kacau sampai sume sebati
  8. Tuang kat popcorn yg dah siap tadi, dan gaulkan.
  9. Ratakan atas dulang oven yg dah di alas wax paper. Bakar 45 min, dgn membalik2kan setiap 15min.
  10. Tunggu sejuk baru patah2kan n simpan dlm bekas kedap
Hasilnya...
Sedap ooo...He3 Selamat mencuba...Jimat kos,wang dan masa taw..

Tips UNTUK Lelaki je taw!!

5 Tips Untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki..
  • Minum Air Putih









 Banyakkan minum air putih iaitu anggaran satu setengah sehingga dua liter air mineral sehari.
  • Berhenti merokok












Tabiat merokok bukan sahaja memberi impak kepada paru-paru,malah merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.
  • Cuci buah sebelum dimakan
  







Cuci bersih buah-buahan,sayur-sayuran mahu pun ulam-ulaman sebelum memakannya.
  • Sarungkan Seluar yang longgar









Menurut pakar kesuburan,memakai seluar yang lebih longgar akan membantu menjaga testis agar tetap sejuk sehingga mampu meningkatkan pengeluaran sperma.  
  • Banyakkan pengambilan zink
Zink adalah zat yang boleh mengaktifkan sperma.Perlu diingatkan bahawa jumlah zink yang anda ambil tidak harus lebih daripada 30 mg setiap hari.




Khamis, 19 Januari 2012

10 Ciri Lelaki Yang Disukai Wanita!!

10 Ciri Lelaki yang Disukai Wanita Secara Umum!!

  • Lelaki yang tidak cemburu buta
  • Tidak mudah mengalirkan air mata
  • Tidak meninggi diri dan tidak perlu terlalu merendah diri
  • Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji
  • Menjaga kebersihan
  • Lelaki yang cerdik
  • Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya
  • Tidak mudah hilang akal
  • Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang
  • Tidak suka hidup berfoya

             >He3,cute x??ni lah kekasih hati saya!<
                      >> jGn MaRah tAw!!<<      

Jadi,para jejaka yang masih tercari2 pasangan hidup atau ingin menjadikan seseorang(gadis) sebagai teman wanita,bolehlah rujuk kepada 10 ciri2 bi..He3 cuba lihat!Adakah dalam diri anda mempunyai salah satu ciri2 di atas??Jika ada,tahniah kerana ia adalah satu bonus bagi anda yang ingin menawan hati si dia..Insyallah,anda akan menjadi pasangan bahagia..Semoga korang berbahagialah bersama pasangan masing2 k..

Jumaat, 13 Januari 2012

Hye...apa khabar????selamat pagi semua!!!!haha...semalam aku tgk citer ombak rindu.Best sangat citer tu.aku suka endingnya tapi aku  xsuka awalan citer tu..Sedih gak r aku dibuatnya...He3 dalam tu ada Aoron Aziz berlakon...tu yang aku suka tu...cuma aku xsuka watak dia yang awal2 tu...xsesuai dgn dia..bagi aku,dia sesuai dengan watak romantik,sweet gitu...ha3 macam dalam cita yang dia berlakon dengan Siti  Saleha tu..Best sgt citer tu...So,korang yang di luar sana yang xtgk ombak rindu,korang memang rugi r..he3 macam aku ni promoter untuk cita tu plak..Perasan giler dia ni...Ha3 perasan pun perasan la..Aku x kisah pon...Janji aku enjoy..oh ya,sebelum tu aku ada tgk satu movie ni..Nama movie tu ialah First Love(A little thing called love)..Citer Thailand tapi best sgt.Citer ni berkisar tentang seorang gadis yang sangat buruk rupanya,mempunyai kulit yang gelap,kurus kering and memang hodoh la..Tapi,suatu hari ni,dia suka kat senior dia ni(lelaki la)..Senior dia ni bukan calang2 orang taw...Senior dia ni muka dia hensem sgt..Semua gadis tergila-gilakan mamat ni..Dia yang hodoh ni(gadis tu la) sentiasa cuba pelbagai cara nak menangkan hati senior dia tu(maksudnya nak mengorat la kiranya).Tapi mamat tu pun selalu dikelilingi gadis cantik.Asyik2 ada je gadis yang cantik cuba ambil kesempatan nak dekati mamat tu...Mamat tu baik and hensem..tu yang dia layan semua orang cam biasa....Namun berjayakah si gadis buruk rupa ni menambat hati si senior hensem sekali ini?? Ha3,kalau nak taw,kenalah tgk cter tu sendiri k..Kena tgk sampai habis taw..Percayalah,cter tu ada keistimewaannya yang tersendiri..Memang 5 star r cter ni..Cuma I hope orang yang buat citer ni,lain kali bagi panjang sikit ending dia baru la best sgt2...



Rabu, 11 Januari 2012

Hai...minta maaf la da lama x update laman blog ni..wah,tahun baru telah tiba..diharapkan tahun ni aku akan mengecapi lebih banyak lagi kebahagiaan,keriangan,nikmat,dan kejayaan tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat kelak.Semoga aku mampu menghadapi segala dugaan hidup dan halangan dengan baik dan tabah serta penuh kesabaran.Dan tahun ini aku ada azam baru and dunia baru...and benda yang lepas2 tu akan ku simpan dalam ingatan sebagai memori2 yang terindah...walaupun ianya pahit..Tahun ni aku ingat aku nak lebih mesra alam,mesra dengan orang ramai and orang2 tua2 ni..he3 blhla tambah kenalan lagi...


Hari tu aku ada la belek2 majalah yang aku beli...dalam buku tu adala gaya terbaru pemakaian tahun 2012..trendy and simple..tapi baju2 tu semuanya mahal..hu3 mana la aku mampu nak beli..aku ni bukan org kaya sgt..setakat biasa2 je..Bagi aku walaupun aku mampu beli benda2 yg mhal sikit(nak kata mahal,x sgt tapi nak kata murah sgt pon,x jugak=sederhana la..)aku lebih suka beli yang murah,i mean yang affordable la...and then aku akan gunakan method suai padan kan..so dengan tu aku xpayah la beli byk2 sgt..just ambik baju2 yg lama2 tu and then padankan dengan yang baru beli tu..ha3 kan senang tu..jimat duit and masa..
so ni aku ada sertakan r trend2 pemakaian untuk tahun baru ini,tahun 2012.Mari kita saksikan...jeng-jeng2..




inilah pemakaian gaya terbaru bagi gadis2 and wanita2 di luar sana..he3 terutamanya bagi mak cik2 yang berjiwa muda tu..







ok..pemakaian ini sesuai untuk wanita2 dan gadis2 yang berbadan kurus dan kecil.Pemakaian ini menampakkan anda jauh lebih muda,tinggi dan lebih manis..tetapi haruslah dikenakan dengan aksesori yang betul..
pemakaian ini pula lebih sesuai untuk wanita yang mempunyai pinggul yang kecil dan ingin menampakkan diri mereka tinggi.Selain itu.pemakaian ini menjadikan si pemakai lebih trendy dan ia boleh digayakan oleh semua orang termasuklah yang bertudung.




pemakaian blouse leopard print ni sesuai untuk anda yang ingin menampakkan diri anda seperti anak orang kaya.Sebaiknya pemakaian leopard print ni digayakan oleh mereka yang bertubuh tinggi dan kurus.Namun,orang yang bertubuh gempal juga boleh mengenakan gaya ini..Hal ini jelas menunjukkan yang anda seorang yang berani berfesyen walaupun bertubuh gempal.(tidak perlu malu berfesyen k!)..



Seterusnya,mari kita tinjau cara pemakain tahun 2012 buat si jejaka budiman di luar sana...







Gaya ini sesuai digayakan oleh para jejaka di luar sana.Gaya ini menampakkan anda yang berbadan kurus itu lebih tegap dan bergaya..Kelihatan seperti anak orang kaya..Pemakaian ini juga menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan tinggi..Namun,gaya ini haruslah disuai padankan dengan jeans atau seluar yang bersesuaian seperti skinny jeans atau seluar yang tidak terlalu ketat..


Gaya ini sesuai untuk anda yang ingin menampakkan diri anda lebih cool and tegap..Gaya ini untuk orang yang mempunyai bajet yang lebih..Gaya Jaket kulit berwarna hitam ini menjadikan anda nampak lebih kurus terutamanya anda yang bertubuh gempal..

ok...Harap ini sudah cukup buat anda yang tidak tahu cara ingin berfesyen..Saya harap anda menggunakan ini sebagai panduan untuk berfesyen.Ingat!!Tidak perlu takut untuk berfesyen..Namun janganlah amalkan fesyen yang melampau..Ini akan menampakkan dirin anda tenggelam dlm fesyen..Jadi untuk anda yang tidak reti berfesyen,mintalah nasihat orang yang lebih arif dalm bidang tersebut..Dan janganlah anda meniru gaya orang lain..Ianya mungkin tidak sesuai untuk anda.Jadilah diri sendiri taw....K la.Setakat ini sahaja..Assalamualaikum....