Isnin, 10 September 2012

Hari aku benar2 rindu pada Cool Blog..

Cool Blog ku...aku rindu padamu...inginku dakap pipimu..he3 gedik sebentar...lalala..ok kembali serius...ni la peneman ku di kala saat keboringan melanda..

cak...ni la cool blog...memang sedap..menyegarkan dan paling utama sekali,melegakan tekak ku ini...he3 tiba2 rasa di awang-awangan lak time minum cool blog ni..aku suka cool blog biasa je perisa green apple..sedap...aku pernah je try perisa coklat n guava..but the most favourite one is this..harganya tersangatlah murah..time ni aku malas nk kuar rumah,so aku suruh la kakak aku yg rajin nk kuar untuk hari tu je g beli together with my dad..diaorg kuar lepas magrib..kuar g giant dekat dgn area rumah aku je,g beli brg2 tuk rumah..so,aku pon suruh la dia tlg belikan tuk aku skali..tggu2 punya tggu tapi xbalik2 gak..aku pon xtahu la apa yg diaorg buat lama sgt kat luar tu...tunggu punya lama sampai aku nk 'ter'naik angin..yela org tgh teringin sgt2 boleh plak lambat balik plak..tapi aku fikir balik,'hello eh ko tu suruh org beli,tggu jela org balik..dah namanya adat menyuruh..so,aku pon tggu dgn penuh kesabaran..akhirnya balik jugak..tahu x berapa 'sekejapnya' diaorg keluar???pkul 12 tgh mlm baru balik..aku pon seronok la nasib baik diaorg belikan,,ingatkan lupa dah beli..baru ingat nk marah tadi..anyway,Thanks coz belikan kita k~ngee:)



 untuk korang yg xtahu apa tu cool blog..ni la logo kedai cool blog tu..kedai ni jual mcm2 air.kira mcm shake2,abc...semuanya ada lah kat situ..mcm2 ada...








Blurp......Erk,kenyang sudah minum cool blog ni..sudah tinggal sikit ..baru lah kasi kat adik-beradik aku..jahat kan aku ni..bila dah xlarat,baru lah kasi suma kat diaorg..he3 tadi punyalah bagi sikit je sbb takut t habis plak,kang aku xsempat merasa plak..



Ahad, 15 Julai 2012

makan breakfast+lunch+dinner...3 in 1..

hai...hari ni aku pergi Hotel Marriot Putrajaya dengan kawan2 aku.eating is one of the best way to release stress k...ha3 ye la tu..he3 maklumlah jadi budak medic xde masa sangat...so busy...there's a lot to study which never end k..so, aku pergi makan2 dengan budak2 medic program persediaan upm yang lain dengan budak dentist sekali..seramai 400 orang yang pergi..sampai2 je kat sana,aku terus belasah makanan kat situ...ada byk mknn.it's like entering a food heaven..aku jadi macam  rambang mata dah..tak tahu nak pilih apa..lasagna.beef pie,buns,cheese,noodles dan banyak lagi la...aku makan makanan bergoreng,nasi lemak,lasagna,rendang ayam,ais krim,buah2 dan kuih2..banyak kan aku makan???ish2 tapi aku control la,kalau tak alamatnya perut aku boleh bertambah buncit kot..silap hari bulan boleh meletup..

                     Aiskrim yang aku teringin sangat..perisa butterscotch&strawberry..yummy..
Aiskrim perisa keladi & strawberry...tambah satu lagi ye tauke...jangan marah..
 lepas tu,kitaorang tangkap gambar dengan budak2 medic yang lain..sesi bergambar...seronok sangat...maka mulalah ada yang buat muka comel2 di situ...ha3...tapi memang best...thanks Marriot Hotel,Putrajaya.I LOVE YOU!!

Jumaat, 22 Jun 2012

murtabak...murtabak...sapa nak,mai la...

Jual..jual...sapa nak murtabak...ha3 hari ni aku rajin sikit nak buat murtabak tapi ni murtabak express la...senang gila nak buat terutamanya orang bujang macam aku ni...ala sapa2 yang lapaq murtabak tapi agak malas bolehla try resepi ni..memang terbaik...cepat salin resepi yer...resepi ni ayah aku ajar..simple & yummy taw..

Resepi Murtabak Ayam Express


 

Bahan2:

~1 daging burger ayam yang telah dikeluarkan selama beberapa minit(agak2 la) 

~2 keping frozen roti canai(beli dari kedai je)(Nysa ambik jenama Syamilah)

~ 2 biji telur ayam

~1 biji bawang besar(dipotong bulat2 dan dibelah dua/dipotong dadu)

~sedikit garam

~sedikit lada hitam

~sedikit penambah perasa(tapi ni Nysa xbubuh pon)

Cara2nya:

-daging burger tu diletakkan ke dalam mangkuk yang besar,kemudian ambil garfu dan lenyek2kan daging burger tu sampai daging tu hancur k.(lenyek sikit2 je)

-selepas dah dihancurkan daging burger tu,ambil 2 biji telur dan masukkan dua2 telur tu ke dalam mangkuk tersebut.

-kemudian,ikut suka masing2 la yer,iaitu tambahkan sedikit garam dan lada hitam.

-kemudian,masukkan bawang yang telah dipotong.

-kacau rata menggunakan garfu.(kocokkan adunan tu)

-Panaskan sedikit minyak di atas kuali.kemudian,ambik 1 keping roti canai yang dibelah dua(make sure jangan belah sampai habis tau,biarkan sedikit di hujung roti canai tu tidak terbelah) dan letakkan roti canai tersebut di atas kuali..kemudian,ambil setengah adunan tu dan letakkan di tgh2 roti canai dan cepat2 tutupkan dia dgn sebelah roti canai tadi yang terbuka tadi.

-kemudaian,tunggulah sehingga roti canai itu masak barulah diterbalikkan semula.

-buat sehingga adunan itu habis.siap dihidang.

 Hasilnya:

 

 

Sudah siap!Memang sedap...

 

 

Rabu, 23 Mei 2012

rotiku..puasaku..

hai semua..assalamualaikum.hari ni aku puasa sunat rejab.alhamdulillah,sekarang ni aku masih lagi boleh bertahan tapi perut ni dah berdisko dah..apa2 pon sabar jela ek,t nk buka puasa dah.he3 semalam time nk dekat waktu bukak puasa,agak2 pukul 7 tu,aku buat roti arab.buat doh 10 biji tapi aku goreng cuma 5 biji..he3 takut t habis,bazir plak kan..xbaik membazir ikut syaitan..si,buat sikit ja..sedap sangat roti arab yang aku buat sampai habis dimakan bersama2 keluarga..licin oooo...ha3 baki doh roti arab yang lebih tu aku buat roti tapi sekali kuar dari oven nampak cam aku buat pastri plak..tapi xpa nampak sedap..hurm mengiurkan tapi aku puasa..xbolehla nk rasa..kena tunggu bukak puasa dulu la..saja nk letak gambar roti i buat..tapi sori la gambar roti arab x sempat nk snap sebab dah masuk perut dah..lapaq sangat..ha3 k la selamat berbuka puasa ya buat sesiapa yang tgh berpuasa tu..k assalamualaikum..

inila roti yang i buat tuh..nmpak sedap kan?




Jumaat, 11 Mei 2012

citer korEa lagI...BEstnya~

Sori sgt pada followers yang setia menjadi followers saya sebab dah lama sangat tak update blog NYsa Ding Dong ni..minta maaf sangat sebab sibuk sikit..k hari ni nysa nak cerita sikit pasal cita korea yang nysa baru je habis tgk...memang best sgt cita korea ni..namanya Love Rain..sweet sangat taw..cita korea ni dibintangi oleh Jang geun Suk dan Yoona SNSD..cita korea ni  menggambarkan kasih sayang 1970-an tulen dan kasih sayang dari hari ini ... pada masa yang sama. Ia menunjukkan beberapa anak-anak sebelum ini bernasib buruk, pada tahun 1970-an, berjaya untuk bertemu dan jatuh cinta. In-Ha (Jang Geun Suk)seorang yang pandai dalam muzik dan seni lukis,bertemu dengan seorang pelajar perempuan di universitinya  yang sangat cantik, lembut dan lembut-pertuturannya iaitu Yoon-Hee (Yoona SNSD) telah menyebabkan dirinya terpikat dengan gadis tersebut dalam masa hanya tiga saat. Selepas secara tidak sengaja terjumpa diari gadis tersebut dan terlalu malu untuk mengembalikan buku itu kepada dia, In Ha belajar lebih lanjut mengenai Yoon-Hee dan cuba untuk merapatkan hubungan mereka melalui diari milik gadis tersebut.Kemudian,Yoon Hee juga telah jatuh cinta pada In-Ha.Namun,pada masa yang sama,kawan baik kepada In Ha iaitu Dong Wook,telah menyatakan kepada semua orang termasuklah In Ha bahawa dia telah jatuh cinta kepada Yoon Hee dan berniat untuk menjadikanYoon Hee sebagai teman wanitanya.Malah,adik kepada Dong Wook iaitu Hye Jung telah jatuh cinta kepada In Ha.Jadi,pada mulanya,In Ha terpaksa mengorbankan segala-galanya termasuklah cinta demi mengekalkan persahabatan yang telah lama terjalin dengan kawan baiknya dan semua pihak,namun,sementara Yoon Hee terpaksa menghadapi tekanan daripada rakan-rakannya dan juga kekecewaan kerana tidak meluahkan perasaannya yang sebenar kepada In Ha sebelum keluar berdating dengan Dong Wook ni..selepas itu,muncul la pelbagai masalah yang terpaksa diharungi oleh In Ha dan Yoon Hee selepas mereka bersama kembali..Jadi,akhirnya mereka terpisah sesama mereka mengikut haluan masing-masing.. 

Beberapa tahun kemudian, anak perempuan Yoon-Hee itu, seorang yang bertenaga dan ceria iaitu Hana (juga dimainkan oleh Yoona SNSD) dan  jurugambar Seo Joon,anak kepada In Ha (juga dimainkan oleh Jang Geun-Suk) bertemu di Hokkaido, Jepun. Walaupun hubungan mereka bermula dengan pergaduhan,nasib atau kebetulan terus membawa mereka bersama-sama. Drama juga memperkenalkan anak Dong-Wook, Lee Sun Ho (kini dimainkan oleh Jung Jin-Young dan Lee Mi Sook masing-masing)  dan sekarang pertengahan umur In-Ha dan Yoon-Hee.Ha3 mesti ada yang konfius kan baca sinopsis citer ni..Sori la ek..kalau nak taw,kena la tgk sendiri,barulah best...Citer korea ni bergenre lawak dan romantik...

ni la citernya...
 http://www.koreandrama.org/wp-content/uploads/2012/03/Love-Rain-Poster2.jpg

Ni la hero utama cita ni...Hensemnya..Hensem ke???bolehla...Ha3...

http://www.koreandrama.org/wp-content/uploads/2012/03/Love-Rain6.jpg 
ni plak heroin...cute sangat...
http://www.koreandrama.org/wp-content/uploads/2012/03/Love-Rain10.jpg
ni watak2 lain...comelnya diaorang ni...
 http://www.koreandrama.org/wp-content/uploads/2012/03/Love-Rain3.jpg http://www.koreandrama.org/wp-content/uploads/2012/03/Love-Rain4.jpg
ni sedikit sedutan citer ni...

Khamis, 22 Mac 2012

lolipop...jgn makan!!BAHAYA!!

= Betul ka lolipop bahaya???aish,tipulah korang ni...suka tipu orang...(aku yang suka mkn lolipop tapi kurang da sikit la ni)
~TAK TIPUla...lolipop memang BAHAYA!!Amaran kepada semua penggemar lolipop,yang sangat ketagih kepada lolipop yang sangat sedap lagi manis itu...
 =Betul ka???aduh,takutnya nk makan lolipop sekarang ni..xnk da la makan lolipop..(dalam hati teringin sangat tapi dah dengar orang kata bahaya terpaksalah cakap 'bye2' kepada our lolipop,bye i'm going to miss u my lolipop!)
~Nanti dulu...bukan semua lolipop bahaya taw...satu jenis lolipop je yang bahaya..aish,ko ni cepat sangat la...
=owh,la awat x gtaw tadi...aku duk ingat semua lolipop bahaya..ceh,buat suspens la ko ni..
~He3 sori la..aku xmaksud pon macam tu...ni nk habaq mai nih..lolipop yang dilarang makan adalah lolipop jenis pendaflour tuh..lolipop yang baru yang cuba dibawa masuk ke MALAYSIA dari negara jiran..Rupa2nya,setelah dikaji dan dipantau oleh Pihak Jabatan Kesihatan negara kita nih..akhirnya dimaklumkan kepada kita bahawa lolipop pendaflour adalah SANGAT BAHAYA dan boleh membawa kepada KEMATIAN!!!Lolipop pendaflour ini boleh menyebabkan kita mendapati penyakit barah dan kanser yang akhirnya boleh menyebabkan kita MATI sekiranya kita makan lolipop ini..Korang xpercaya????kalau x percaya,try la makan lolipop ni...tgk ok ke x ok??
=Ha3 aku percaya2!aku x nak dapat kanser..aku nk hidup lagi lama..Anyway,thanks untuk information ni.(he3 dalam hati lega kerana masih boleh menikmati lolipop!)

Baiklah,ni la rupa lolipop pendaflour tuh..JANGAN MAKAN TAW!!IBU BAPA sekalian,pastikan anda memastikan anak2 anda tidak membeli lolipop pendaflour ini.Kerana dikatakan masih ada lagi lolipop pendaflour ini dijualkan kepada budak2 sekolah dengan harga sekitar 40 sen sebegitulah..




em...sekali tgk lolipop ni nampak comel,sedap,seronok tapi xsangka kan sebenarnya bahaya...Jadi,JANGAN MAKAN k.

Rabu, 7 Mac 2012

Aku pi bercuti...


hye..assalamualaikum..lama da Nysa xupdate blog Nysa..sori,sibuk sikit...hari tu Nysa pi bercuti satu family..tapi xbrape seronok sikit kakak Nysa xdapat ikut bcoz dia ada exam next week tu...well,mula2 dia macam excited sangat nak pi bercuti sebab satu family pi kan(he3 kami ni jarang2 dapat berkumpul as one family,selalu ada jer yang sibuk inila,itula...biasa la tu!)tapi,bila dia dapat tahu dia ada exam next week,dia pon trus confused..so,dia pun mintak r nasihat aku..so,aku ni yang pakar dalam hal motivasi ni pun bagilah kata2 semangat(cewah,bagi sikit ayat2 power kat dia nak suh dia semangat belajar dan xpikirkan kitaorang yang akan pi holiday ni..)akhirnya,dia pon daji semangat balik...(He3,tapi dalam hati aku ni rasa cam xseronok pi bercuti tanpa dia tapi aku xnak la cakap pasal ni kat dia bcoz bagi aku kejayaan itu lebih penting daripada keseronokan dunia)Jadi,kami sekeluarga pon pi la bercuti di Perak.Nak taw kat mana???kat FELDA Residence Hot Springs kat Perak tuh..memang best...murah dan tak ramai orang yang taw tempat ni..so,kami pon menginap la di situ selama 3 hari 2 malam..Kami duduk dekat Villa kat situ..kalau duduk kat Villa ni,memang mahal sikit harganya tapi memang berbaloi lah orang kata..Villa yang kami dapat ni memang terbaik punya..Villa kami ni adalah villa yang tertutup(maksudnya xterdedah kepada umumla=orang len xleh tgk kami ni duk tgh buat apa,tu yang best tu!!)Villa kami kat luar tu ada satu jaguzi panas seakan2 kolam renang(memang besar,satu family boleh masuk,xkisahla badan besar mana pon memang boleh masuk,tu yang buat kami sangat2 teruja tuh!!!)Jaguzi tu terpulang la pada kita nak guna sampai malam ka,nak rendam badan sambil tidur sampai esok pagi ka,suma boleh..xda had masa yang ditetapkan...jaguzi ni besar,kita boleh control tahap kepanasan air jaguzi tersebut,so memang best la...Villa ni  memang besar,macam rumah mewah pon ada gak(ha3 mimpila ko ni,Nysa!!!)Villa ni ada kemudahan dapur gas,so korang boleh la bawak barang2 korang n masak sendiri,xpayahla pi makan bufet kat hotel tu,becoz ari tu aku pi kena bayar RM 48 untuk seorang...Villa tu ada Astro...So,ikut suka la nak buka channel apa,suma ada..kat situ,Yang ni untuk UMUM..(Maksudnya semua orang pon boleh pi)kalau nak pi main gelongsor in swimming pool pon ada(untuk orang yang badan besar pon boleh main sekali,jangan risau k)..kat situ ada macam waterfall mini la,memang best waterfall ni sebab aku suka duduk kat bawah air tu,dan air tu macam urut badan aku..fuh tak sakit pon dan memang menyegarkan badan aku..TERBAIK lah...kalau sesiapa yang teringin nak rebus telur dalam kolam panas pon boleh kat sini tapi kalau nak jimat kos,korang bolehla bawak sendiri telur so,xpayahla bayar apa2...Kat sini ada banyak kolam air panas,tapi darjah kepanasannya setiap kolam tu memang berbezalah...Sapa2 yang teringin nak main bola sepak ke,badminton ke,nak jogging ke atau lari ke..kat sini suma boleh main..sebab kat sini ada banyak padang luas dan ini memang khas disediakan untuk para pengunjung tapi korang yang nak main bola ke apa ke kena bawak bola sendiri taw....Dan buat sesiapa yang teringin nak naik basikal,kat sini pon ada gak cumanya kena bayar Rm10 la untuk satu basikal dan tempoh penggunaannya cuma 1 jam je...So,kitaorang pon bayar la RM20...Kami silih berganti naik basikal tu...memang bestlah...he3 apalagi,dah bayar mahal2 kenala betul2 gunakannya...

Ni la ruang tamu Villa aku???Nampak besar kan???


Ni pulak jaguzi yang aku cerita tadi..Memang best sangat taw!!!


Yang ni la rupa Villa sebelum kami masuk...


Ni pulak dapur gas yang diberikan kepada kami untuk kami memasak..He3 aku masak mee goreng special untuk adik2 aku kat sinilah..


Tempat ni untuk kegunaan semua orang yang datang ke sini..best taw main gelongsor tu..aku sampai xpuas2 main tuh..


tempat ni untuk korang nak rasa perasaan merebus telur2 sendiri di kolam air panas...


Ni pulak adalah bilik yang paling besar dalam Villa aku..Sesuai gak untuk pasangan yang nak honeymoon..Bilik ni memang sesuai la untuk korang bermadu asmara...

 
Ni pulak adalah waterfall mini yang telah mengurut badanku sebaik sahaja aku duduk di bawah air tu..
coupon from Felda Residence Hot Springs Getaways

So,overall,aku bagi 4 bintang la kat tempat ni...memang best dan murah....
Thanks...hilang gak stres aku pi tempat ni...

Ahad, 29 Januari 2012

Saya Sahut Cabaran Farah Lee-Ally Iskandar

Ha3 ini aku ambik daripada sini=http://beautifulnara.com/saya-sahut-cabaran-farah-lee-ally-iskandar/
Best taw laman web beautifulnara ni..memang hot..ha3...Banyak info..Lawatilah laman ini...

Membaca kata-kata Ally Iskandar tentang pernikahannya bersama Farah Lee yang bakal berlangsung pada 20 Januari ini. Sememangnya tempoh perkenalan mereka berdua sangat singkat, namun bagi Ally, itulah yang menyeronokkan. Kiranya mereka berdua ini bercinta selepas berkahwinlah senang cerita.




Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Tambah menarik, beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Apa pun, Ally teruja untuk menyahut cabaran Farah Lee yang mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.

Ikuti temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad dengan membaca entri ini sepenuhnya.


SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

Terima kasih laman web beautifulnara ni..thanks untuk info ini...Cute sangat Farah Lee ni.Sememangnya sesuai dengan Ally.Aku doakan mereka bahagia dunia & akhirat.AMIN!Aku pon memang suka cinta selepas kahwin ni...he3!!!

Episode running man yang lawak sekali..

Haha...Ada satu episode running man yang memang lawak..daripada awal sampai habis..memang xkering gusi dibuatnya...iaitu episode 20..episode ini dibuat di salah sebuat tempat meramal dan mengkaji cuaca di Korea..Tetamu jemputan ialah Heechul Super Junior dan Lizzy.Misi mereka yang pertamanya ialah menjadi seorang pemberita ramalan cuaca dengan feeling yang betul dan pemakaian yang bertepatan(Semua orang terlibat)..Kemudian,misi mereka yang kedua ialah  mengajukan soalan bertubi2 kepada Jae Suk sehingga membuatnya menipu sebanyak 3 kali..(Maksudnya semua lawan Jae Suk!).Yang terakhir sekali ialah misi 'Hide and Seek'..Memang best...Dalam ni,ada adegan Jae Suk tendang Jong Kook,Gwang Soo dengan beraninya menendang Jong Kook,ada juga adegan curi-mencuri,malah terdapat satu cinta 3 segi...Ha3 ingin tahu siapa yang kena dihukum???Saksikanlah episode ini taw..

                                               Episode 20 part 1

                                            Episode 20 part 2
                                         
                                          Episode 20 part 3

                                         Episode 20 part 4

      Aku paling suka time ni...Time ni Haha jadi gila..Best gila..Dia jadi macam orang yang xbetul da..Macam orang jahat sekali pandang..


Jumaat, 20 Januari 2012

hurm..rindunya..

Haha..Hari selasa hari tu aku teringin sangat nak makan popcorn kat panggung wayang tu sambil tgk movie yang aku nak tapi aku macam malas la pulak nak kluar g sana..so aku pun dah buat kputusan..kenapa xbuat je kat rumah..lagi senang..popcorn and movie yang aku suka tgk..iaitu korean movie..so aku pun buat la popcorn caramel dengan mak aku...Best buatnya..Sedap plak tu...he3 perkenalkan ni la resepi yang aku buat tu...Jeng2..resepi popcorn karamel...

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1/2 cwn pop corn kernels
  • 3 tbsp minyak sayur/ canola
  • 1/2 cwn butter
  • 1 cwn gula perang
  • 1/4 cwn corn syrup/golden syrup
  • 1/2 tsp garam
  • 1/4 tsp baking soda
  • 1/2 tsp vanilla

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk yg deep n berpenutup
  2. masukkan jagung popcorn dan tutup. xlama pastu akan dgr bunyi "pop" byk kali. Goncang2 periuk sampai dah xdgr bunyik "pop"
  3. keluarkan popcorn n asingkan dgn kernels yg xjd popcorn.
  4. Panaskan oven suhu 120C.
  5. Dalam periuk kecil, cairkan butter. Masukkan gula perang, garam dan golden syrup/corn syrup
  6. Kacau dan biarkan ia mendidih. Bila dh didih, biar skjap dlm 2-3 min tanpa dikacau. api jgn besar sgt yer..
  7. alihkan dari api, masukkan baking soda dan vanilla. kacau sampai sume sebati
  8. Tuang kat popcorn yg dah siap tadi, dan gaulkan.
  9. Ratakan atas dulang oven yg dah di alas wax paper. Bakar 45 min, dgn membalik2kan setiap 15min.
  10. Tunggu sejuk baru patah2kan n simpan dlm bekas kedap
Hasilnya...
Sedap ooo...He3 Selamat mencuba...Jimat kos,wang dan masa taw..

Tips UNTUK Lelaki je taw!!

5 Tips Untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki..
  • Minum Air Putih









 Banyakkan minum air putih iaitu anggaran satu setengah sehingga dua liter air mineral sehari.
  • Berhenti merokok












Tabiat merokok bukan sahaja memberi impak kepada paru-paru,malah merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.
  • Cuci buah sebelum dimakan
  







Cuci bersih buah-buahan,sayur-sayuran mahu pun ulam-ulaman sebelum memakannya.
  • Sarungkan Seluar yang longgar









Menurut pakar kesuburan,memakai seluar yang lebih longgar akan membantu menjaga testis agar tetap sejuk sehingga mampu meningkatkan pengeluaran sperma.  
  • Banyakkan pengambilan zink
Zink adalah zat yang boleh mengaktifkan sperma.Perlu diingatkan bahawa jumlah zink yang anda ambil tidak harus lebih daripada 30 mg setiap hari.




Khamis, 19 Januari 2012

10 Ciri Lelaki Yang Disukai Wanita!!

10 Ciri Lelaki yang Disukai Wanita Secara Umum!!

  • Lelaki yang tidak cemburu buta
  • Tidak mudah mengalirkan air mata
  • Tidak meninggi diri dan tidak perlu terlalu merendah diri
  • Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji
  • Menjaga kebersihan
  • Lelaki yang cerdik
  • Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya
  • Tidak mudah hilang akal
  • Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang
  • Tidak suka hidup berfoya

             >He3,cute x??ni lah kekasih hati saya!<
                      >> jGn MaRah tAw!!<<      

Jadi,para jejaka yang masih tercari2 pasangan hidup atau ingin menjadikan seseorang(gadis) sebagai teman wanita,bolehlah rujuk kepada 10 ciri2 bi..He3 cuba lihat!Adakah dalam diri anda mempunyai salah satu ciri2 di atas??Jika ada,tahniah kerana ia adalah satu bonus bagi anda yang ingin menawan hati si dia..Insyallah,anda akan menjadi pasangan bahagia..Semoga korang berbahagialah bersama pasangan masing2 k..

Jumaat, 13 Januari 2012

Hye...apa khabar????selamat pagi semua!!!!haha...semalam aku tgk citer ombak rindu.Best sangat citer tu.aku suka endingnya tapi aku  xsuka awalan citer tu..Sedih gak r aku dibuatnya...He3 dalam tu ada Aoron Aziz berlakon...tu yang aku suka tu...cuma aku xsuka watak dia yang awal2 tu...xsesuai dgn dia..bagi aku,dia sesuai dengan watak romantik,sweet gitu...ha3 macam dalam cita yang dia berlakon dengan Siti  Saleha tu..Best sgt citer tu...So,korang yang di luar sana yang xtgk ombak rindu,korang memang rugi r..he3 macam aku ni promoter untuk cita tu plak..Perasan giler dia ni...Ha3 perasan pun perasan la..Aku x kisah pon...Janji aku enjoy..oh ya,sebelum tu aku ada tgk satu movie ni..Nama movie tu ialah First Love(A little thing called love)..Citer Thailand tapi best sgt.Citer ni berkisar tentang seorang gadis yang sangat buruk rupanya,mempunyai kulit yang gelap,kurus kering and memang hodoh la..Tapi,suatu hari ni,dia suka kat senior dia ni(lelaki la)..Senior dia ni bukan calang2 orang taw...Senior dia ni muka dia hensem sgt..Semua gadis tergila-gilakan mamat ni..Dia yang hodoh ni(gadis tu la) sentiasa cuba pelbagai cara nak menangkan hati senior dia tu(maksudnya nak mengorat la kiranya).Tapi mamat tu pun selalu dikelilingi gadis cantik.Asyik2 ada je gadis yang cantik cuba ambil kesempatan nak dekati mamat tu...Mamat tu baik and hensem..tu yang dia layan semua orang cam biasa....Namun berjayakah si gadis buruk rupa ni menambat hati si senior hensem sekali ini?? Ha3,kalau nak taw,kenalah tgk cter tu sendiri k..Kena tgk sampai habis taw..Percayalah,cter tu ada keistimewaannya yang tersendiri..Memang 5 star r cter ni..Cuma I hope orang yang buat citer ni,lain kali bagi panjang sikit ending dia baru la best sgt2...



Rabu, 11 Januari 2012

Hai...minta maaf la da lama x update laman blog ni..wah,tahun baru telah tiba..diharapkan tahun ni aku akan mengecapi lebih banyak lagi kebahagiaan,keriangan,nikmat,dan kejayaan tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat kelak.Semoga aku mampu menghadapi segala dugaan hidup dan halangan dengan baik dan tabah serta penuh kesabaran.Dan tahun ini aku ada azam baru and dunia baru...and benda yang lepas2 tu akan ku simpan dalam ingatan sebagai memori2 yang terindah...walaupun ianya pahit..Tahun ni aku ingat aku nak lebih mesra alam,mesra dengan orang ramai and orang2 tua2 ni..he3 blhla tambah kenalan lagi...


Hari tu aku ada la belek2 majalah yang aku beli...dalam buku tu adala gaya terbaru pemakaian tahun 2012..trendy and simple..tapi baju2 tu semuanya mahal..hu3 mana la aku mampu nak beli..aku ni bukan org kaya sgt..setakat biasa2 je..Bagi aku walaupun aku mampu beli benda2 yg mhal sikit(nak kata mahal,x sgt tapi nak kata murah sgt pon,x jugak=sederhana la..)aku lebih suka beli yang murah,i mean yang affordable la...and then aku akan gunakan method suai padan kan..so dengan tu aku xpayah la beli byk2 sgt..just ambik baju2 yg lama2 tu and then padankan dengan yang baru beli tu..ha3 kan senang tu..jimat duit and masa..
so ni aku ada sertakan r trend2 pemakaian untuk tahun baru ini,tahun 2012.Mari kita saksikan...jeng-jeng2..




inilah pemakaian gaya terbaru bagi gadis2 and wanita2 di luar sana..he3 terutamanya bagi mak cik2 yang berjiwa muda tu..







ok..pemakaian ini sesuai untuk wanita2 dan gadis2 yang berbadan kurus dan kecil.Pemakaian ini menampakkan anda jauh lebih muda,tinggi dan lebih manis..tetapi haruslah dikenakan dengan aksesori yang betul..
pemakaian ini pula lebih sesuai untuk wanita yang mempunyai pinggul yang kecil dan ingin menampakkan diri mereka tinggi.Selain itu.pemakaian ini menjadikan si pemakai lebih trendy dan ia boleh digayakan oleh semua orang termasuklah yang bertudung.




pemakaian blouse leopard print ni sesuai untuk anda yang ingin menampakkan diri anda seperti anak orang kaya.Sebaiknya pemakaian leopard print ni digayakan oleh mereka yang bertubuh tinggi dan kurus.Namun,orang yang bertubuh gempal juga boleh mengenakan gaya ini..Hal ini jelas menunjukkan yang anda seorang yang berani berfesyen walaupun bertubuh gempal.(tidak perlu malu berfesyen k!)..



Seterusnya,mari kita tinjau cara pemakain tahun 2012 buat si jejaka budiman di luar sana...







Gaya ini sesuai digayakan oleh para jejaka di luar sana.Gaya ini menampakkan anda yang berbadan kurus itu lebih tegap dan bergaya..Kelihatan seperti anak orang kaya..Pemakaian ini juga menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan tinggi..Namun,gaya ini haruslah disuai padankan dengan jeans atau seluar yang bersesuaian seperti skinny jeans atau seluar yang tidak terlalu ketat..


Gaya ini sesuai untuk anda yang ingin menampakkan diri anda lebih cool and tegap..Gaya ini untuk orang yang mempunyai bajet yang lebih..Gaya Jaket kulit berwarna hitam ini menjadikan anda nampak lebih kurus terutamanya anda yang bertubuh gempal..

ok...Harap ini sudah cukup buat anda yang tidak tahu cara ingin berfesyen..Saya harap anda menggunakan ini sebagai panduan untuk berfesyen.Ingat!!Tidak perlu takut untuk berfesyen..Namun janganlah amalkan fesyen yang melampau..Ini akan menampakkan dirin anda tenggelam dlm fesyen..Jadi untuk anda yang tidak reti berfesyen,mintalah nasihat orang yang lebih arif dalm bidang tersebut..Dan janganlah anda meniru gaya orang lain..Ianya mungkin tidak sesuai untuk anda.Jadilah diri sendiri taw....K la.Setakat ini sahaja..Assalamualaikum....