Ahad, 18 Disember 2011

Letih dan kesian...

Ya Allah..


Baru2 ni aku ada la pi ceramah dengan mak aku.Maklumlah cuti,daripada xbuat apa yang berfaedah,baik pergi majlis ilmu.dapat juga tambah ilmu akhirat n pahala.xde la buang masa.Tempat ceramah tu jauh.Dekat Penang r,so sebab tu la kena bangun awal2 pagi untuk ke sana.Even though kita orang kluar awal,tapi tetap sampai lewat(You see how far it is!).Daripada ceramah tu,baru aku taw sebenarnya kita umat Islam tidak boleh tepuk tangan kuat2 sgt.Misalnya,bertepuk tangan selepas ucapan seseorang ataupun bagi meraikan sesuatu majlis,hukumnya makruh(maksudnya boleh tapi dikhuatiri berdosa).Manakala,bertepuk tangan yang bertujuan untuk mengganggu sesuatu majlis ilmu seperti orang tgh belajar ataupun membaca Al-Quran,hukumnya Haram.(Maksudnya berdosa besar).Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa orang yang paling zalim ialah orang yang menggangu orang lain yang sedang atau ingin menuntut ilmu.Maka,golongan inilah akan menjadi penghuni neraka buat selama-lamanya.


Selepas habis mendengar ceramah,aku pun pergi menjenguk nenek aku kat rumah mak cik aku.Ya ALlah,Kadang2 aku rasa kesian melihat nenekku yang keseorangan sekarang ni.Seorang wanita menjalankan hidupnya seorang diri tanpa kehadiran suri hidupnya lagi.Datuk aku baru sahaja meninggal.Khabarnya disebabkan oleh 'Lung Infection'.Ya Allah,aku mohon Kau tempatkanlah datukku bersama orang2 beriman iaitu di syurgaMu.Kau jauhilah dia daripada seksaan azab api neraka.Sesiapa yang membaca ini,marilah ramai2 sedekahkan kepada datukku Surah Al-Fatihah.Moga2 datukku dicucuri rahmat.AMIN.Kadang2 aku dapat merasakan kesunyian nenekku.Aku tahu ini merupakan tamparan yang hebat.Cuba kita bayangkan jikalau orang yang kita cintai telah pergi buat selama-lamanya.Pasti anda sedih kan?Begitulah hakikatnya.Semua manusia pasti akan pergi jua kembali kepada Allah.Allah lebih menyayangi datuk ku.


Di saat itu,aku mula bermohon kepada Allah,ya Allah,aku tahu ini merupakan sebahagian daripada ujianMu.Kami redha,ya Allah.Namun,Kau kuatkanlah iman kami untuk mudah menerima segala dugaanMu ini.Aku tahu pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini.Mungkin ini adalah salah satu ujianNya untuk melihat sejauh mana iman umat2Nya.Setelah kematian datukku,kami sekelurga(termasuklah saudara-maraku) saling bersilih ganti menjaga nenek ku agar dapat menghilangkan rasa kesunyian yang dialaminya walaupun pedih luka itu masih tidak hilang.Sekarang ini sudah menjadi tanggungjawab kami untuk meringankan sikit beban yang dipikul oeh nenek ku dan kami haruslah menggembirakan kembali nenekku.Okeylsh,setakat ini sajalah coretan tentang hidup saya.Nanti ada masa lagi,akan saya tulis lagi.k bye2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan